Pelakon Henry Golding timang cahayamata pertama

0

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dan isterinya Liv Lo menyambut kelahiran anak pertama mereka pada Selasa, 6 April 2021.

Berita gembira itu dikongsi pelakon Crazy Rich Asia itu menerusi laman sosial instagram peribadinya semalam.

Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka serta ucapan tahniah dari pengikut dan selebriti antarabangsa dan tempatan.

Difahamkan isteri Henry, Liv Lo yang juga merupakan seorang hos di Fox Movies Asia akan bercuti seketika untuk memberi perhatian kepada ahli baru keluarganya itu.

Untuk rekod, pasangan bahagia ini pertama kali bertemu pada pesta Malam Tahun Baru 2011 di Singapura.

Golding melamar Lo empat tahun kemudian ketika ulang tahun mereka pada tahun 2015. Setahun kemudian, mereka mengikat tali perhubungan dengan ikatan perkahwinan yang dilakukan di tanah kelahiran Golding, Sarawak.

Tahniah dari kami di The Malaya Post Portal ❤️

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com

Leave a Reply