Pelakon Hannah Delisha rangkul anugerah Asean Top Social Media Influencer Award 2019

0

Pelakon cantik kelahiran Singapura, Hannah Delisha dinobatkan sebagai salah satu individu yang berpengaruh di Asia.

Gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini juga sedang rancak mengatur langkah sebagai anak seni “versatile” apabila turut menceburkan diri ke bidang nyanyian dan pengacaraan.

Hannah Delisha yang popular menerusi drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang bersiaran pada tahun 2017 memberitahu telah menerima anugerah Asean Top Social Media Influencer Award 2019′ di majlis Asian Outstanding Business Award baru-baru ini.

Para peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan ucapan tahniah serta berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Hannah Delisha.

Leave a Reply