Pelakon filem Captain America didakwa bunuh ibu sendiri

0

Pelakon filem Captain America : The First Avenger ditahan pihak berkuasa atas kematian ibunya.

Mollie Fitzgerald yang berlakon berperanan kecil di dalam filem pecah panggung itu didakwa melakukan pembunuhan terhadap ibunya Patricia Fitzgerald pada 20 Disember lalu.

Menurut Jabatan Polis Olathe, Patricia, 68 ditemui mati dengan kesan tikaman di rumah kediaman mereka Olathe, Kansas.

Fitzgerald kini ditahan di penjara beserta jaminan sebanyak $500,000 menurut rekod dari Pejabat Sheriff Johnson County.

Perbicaraan mahkamah seterusnya akan dijadualkan pada 9 Januari nanti.

Leave a Reply