Pelakon Efa Nareesha hidap penyakit Jantung, perlu bantuan ramai

0

Menerusi laman Facebook pelakon Ezany Nizariff, dia telah berkongsi berita mengenai kesihatan pelakon, Efa Nareesha yang kini terlantar di hospital kerana serangan jantung.

Menurut perbualan di antara Ezany dan Efa, dia memberitahu sudah lama menghidap penyakit jantung.

Berstatus seorang ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak, kini Efa memerlukan sumbangan orang ramai untuk membantu meringankan beban dan memerlukan lebih RM60,000 untuk kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Efa merupakan pelakon yang cukup dikenali dan sering membintangi drama di kaca televisyen sekitar tahun 90an.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun tertera.

Muzlifah Muhammed

7-619-679-656

CIMB

Leave a Reply