Pelakon Bollywood Varun Dhawan kahwini rakan sekolej

0

Hero Bollywood pujaaan ramai, pelakon Varun Dhawan menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya, Natasha Dalal.

Rata-rata media elektronik dan media sosial India hari ini menyiarkan rakaman majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini.

Dilaporkan, pasangan ini telah lama saling mengenali sejak belajar di kolej yang sama sebelum Varun terjun ke bidang lakonan.

Varun adalah antara bintang yang bersinar di pentas Bollywood dan sering dipasangkan dengan heroin jelita yang terkenal.

Antara filem lakonannya ialah Badlapur (2015), October (II) (2018), Made in India (2018), The Bride of Humpty Sharma (2014) dan Badrinath Ki Dulhania (2017).

Dia juga pernah berganding bahu dengan barisan pelakon handalan India Shah Rukh Khan, Kajol dan Kriti Sanon menerusi filem Diwale 2015.

Semoga karier seninya akan terus berkembang walaupun telah berumah tangga.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply