Pelakon Bollywood, Sidharth Shukla meninggal dunia

0

Pelakon filem popular Bollywood, Sidharth Shukla meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Memetik kenyataan The Indian Express, ketua jabatan forensik, Dr R. Sukhdeve mengesahkan Sidharth telah meninggal dunia sewaktu dibawa ke HBT Medical College And Dr R.N Cooper Municipal General Hospital, Mumbai semalam.

Dia dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita mengejutkan itu mendapat liputan meluas media masa dan laman sosial di India.

Luahan kesedihan, ucapan takziah dan penghormatan terakhir daripada peminat dan rakan artis terus membanjiri laman media sosial termasuklah Instagram peribadinya @realsidharthsukla.

Di Twitter, selebriti terkenal industri hiburan seperti Nimrat Kaur, Himanshi Khurana dan Harshdeep Kaur turut meluahkan rasa sedih mereka di atas kehilangan ini.

Pelawak Kapil Sharma menerusi tweet menulis, “Ya Tuhan, sungguh mengejutkan. Ucapan takziah kepada keluarga dan doa untuk mendiang. Om Shanti”.

Sementara itu, Kriti Kharbanda menulis, “Tidak ada kata-kata. Ini sungguh memilukan”.

Untuk rekod, Sidharth mula dikenali dan menerima kemasyhuran setelah memenangi rancangan realiti televisyen bertajuk Bigg Boss musim ke 13 dan pernah muncul di Bigg Boss OTT bersama rakan tapi mesra, Shehnaaz Gill.

Berasal dari Mumbai, Sidharth Shukla pernah membuat debut lakonan dengan rancangan TV Hindi Babul Ka Aangann Chootey Na pada tahun 2008.

Namun, kejayaan besar pertamanya ialah setelah membintangi rancangan TV Colors Balika Vadhu sebagai salah satu watak utama.

Ini diikuti dengan penglibatanya dalam beberapa rancangan televisyen seperti Broken But Beautiful 3, Balika Vadhu, Dil Se Dil Tak, Khatron Ke Khiladi, India’s Got Talent dan Biggoss Boss.

Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Golden Petal Award for Favourite Jodi dan Stardust Award for Breakthrough Performance.

Takziah diucapkan.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply