Pelakon Bollywood popular Aamir Khan dan isteri Kiran Rao umum perceraian

0

Pelakon Hindi popular era 90an, Aamir Khan mengumumkan perceraiannya dengan Penerbit filem, Kiran Rao setelah 15 tahun berkahwin.

Mereka mengumumkan perceraian dalam satu kenyataan bersama yang mendapat liputan meluas oleh media masa negara terbabit.

Menerusi kenyataan bersama mereka menjelaskan bahawa akan terus bersama-sama mengasuh dan membesarkan anak lelaki mereka, Azad Rao Khan selain meneruskan perkongsian perniagaan mereka di Syarikat Paani Foundation dan projek lain.

“Dalam 15 tahun yang indah ini, kami telah berkongsi pengalaman, kegembiraan dan tawa seumur hidup. Hubungan kami bertambah erat dengan adanya kepercayaan, rasa hormat dan cinta.

“Namun, sekarang kami ingin memulakan babak baru dalam hidup iaitu tidak lagi sebagai pasangan suami isteri, tetapi sebagai ibu bapa dan keluarga untuk satu sama lain, ” demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Aamir Khan dan Kiran Rao.

Mereka turut menambah bahawa keduanya telahpun berpisah ‘beberapa waktu lalu’.

“Kami mula berpisah dengan baik beberapa waktu yang lalu, dan sekarang merasa yakin untuk mengumumkan secara rasmi perpisahan ini.

“Tinggal terpisah, namun berkongsi kehidupan kami seperti yang dilakukan oleh keluarga besar. Kami tetap menjadi ibu bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad. Kami akan memelihara dan membesarkannya bersama,” petik kenyataan mereka lagi.

Untuk rekod, Aamir Khan merupakan hero filem Hindi popular era 90an dan antara filem yang mendapat sambutan penonton termasuk di Malaysia ialah Mann, Dhoom 3, Takeshi, 3 idiots, Raja Hindustani dan Dil. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply