Pelajar tidak perlu pakai pelitup muka di sekolah

0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan garis panduan pengurusan dan pembukaan semula sekolah.

Sepertimana yang telah ditetapkan KPM, pihak sekolah hanya perlu memastikan penyediaan sabun atau hand sanitizer dan melakukan saringan gejala serta suhu badan.

Selain daripada itu, pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan dan pihak sekolah hanya perlu menyediakan pelitup muka sekiranya terdapat pelajar atau kakitangan sekolah yang menunjukkan gejala semasa sesi persekolahan.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh memuat turun garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/gp-buka-sekolah

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply