Pelajar, ibu bapa dan kakitangan tahfiz disaran hubungi PKD jalani ujian persampelan

0

Memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kira-kira 635 orang disahkan positif COVID-19 melibatkan warga Madrasah Tahfiz.

Daripada 635 kes, 539 darinya didapati tidak menunjukkan sebarang gejala termasuk tiada masalah pernafasan (sesak nafas).

Sehingga 14 Mei, seramai 19,209 pelajar dan kakitangan dari 370 madrasah, tahfiz, sekolah pondok telah menjalani saringan kesihatan dan sampel ujian diambil.

Hasil dari saringan, didapati kadar positif meningkat pada minggu sebelumnya dan trend ini menjadi kebimbangan kerana kebarangkalian untuk mereka menjangkiti org lain adalah berisiko tinggi.

Warga madrasah adalah merupakan kluster terbesar yang masih aktif di Malaysia dan risiko penyebaran COVID-19 terjadi kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat sangat mudah.

Justeru KKM menyarankan semua pelajar, kakitangan tahfiz termasuk ibu bapa penjaga dan yang berkaitan dengannya di seluruh Malaysia untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk menjalani ujian persampelan.

Manakala, bagi pelajar yang yang masih berada di asrama diminta kekal di asrama dan tidak melakukan pergerakan keluar dari pusat tersebut.

Pelajar dan kakitangan di madrasah, sekolah tahfiz atau sekolah tahfiz dikategorikan golongan berisiko tinggi mendapat…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 14 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply