Pekerja syarikat yang dibenar beroperasi wajib jalani ujian saringan COVID-19

0

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat yang dibenarkan beroperasi hendaklah mengemukakan senarai pekerja yang terlibat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke kilang atau premis sahaja.

Malah setiap syarikat juga perlu menyediakan alat saringan suhu badan atau ‘thermal scanner’ serta saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas sebagai langkah keselamatan bertujuan agar semua pekerja syarikat-syarikat yang dibenarkan beroperasi bebas dari wabak jangkitan COVID-19.

Beliau juga berkata, bacaan suhu bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan sebagai rujukan.

Menurutnya, dalam masa yang sama pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mewajibkan para pekerja menjalani ujian saringan COVID-19.

Majikan yang memohon untuk beroperasi perlu memastikan pekerja-pekerja menjalani saringan di lebih 3,000 panel klinik kesihatan PERKESO di seluruh negara mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dikirim oleh Azmin Ali pada Kamis, 16 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply