Pekerja Malaysia tidak dibenarkan pulang selagi tidak mendapat kelulusan bebas COVID-19 dari Singapura

0

Pekerja Malaysia yang terkandas di Singapura tidak boleh pulang selagi tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan di republik berkenaan.

Penjanjian awal telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dan Singapura bahawa rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang perlu membuat ujian saringan terlebih dahulu.

Rakyat yang menerima surat kelulusan pengesahan bebas dari jangkitan COVID-19 oleh kerajaan Singapura sahaja akan dibenarkan pulang.

Setakat semalam, seramai tiga orang sahaja yang melepasi sempadan berjaya pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit perubahan dari segi penjanjian yang dibuat dan kerajaan telah meminta wakil Kementerian Luar Malaysia untuk berunding dari segi syarat-syarat baharu dengan Kementerian Luar Singapura mengenai isu ini.

Pekerja Malaysia tidak boleh pulang selagi tidak mendapat kelulusan bebas COVID-19 dari Singapura – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri YaakobVideo: Ihsan RTMSumber: TV3

Dikirim oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply