Pekerja J&T mogok isu gaji, baling barang pelanggan

0

Tular satu tangkap layar video menerusi aplikasi TikTok memaparkan pekerja syarikat kurier J&T Express membaling barang pelanggan di sebuah gudang yang tidak diketahui lokasinya.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan, disambut teriakan beberapa pekerja yang tidak puas berpuas hati dengan pengurusan syarikat.

Difahamkan, pekerja terbabit bertindak sedemikian tanda protes dan mogok akibat masalah gaji.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok, namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan pelanggan.

Menurut mereka, perbuatan begini hanya akan menganiaya pelanggan yang tidak bersalah dan membawa masalah kepada penjual.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply