Pejabat Menteri nafi pemimpin Pemuda UMNO dilantik Pegawai Khas Menteri KDN – Sayed Amir, Setiausaha Politik

0
Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad

PUTRAJAYA: Pejabat Menteri Dalam Negeri menafikan berita palsu di media sosial berikutan pelantikan seorang Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri yang melibatkan seorang pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.

Perkara tersebut di maklumkan kepada media oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad sebentar tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa seorang pemimpin Exco Pemuda UMNO Malaysia telah di lantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri.

“Dalam hal ini, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyelar penyebaran berita palsu tersebut dan Kementerian Dalam Negeri akan terus fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, terutamanya dalam menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini” kata Sayed Amir.

“Pihak Pejabat Menteri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menyebarkan berita palsu tersebut” tegas Sayed Amir lagi

Leave a Reply