Peguambela Najib mohon dapatkan rakaman audio SPRM, Najib ucap terima kasih

0

Pasukan pembelaan Dato’ Seri Mohd Najib Razak telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan rakaman audio SPRM yang dikatakan berkaitan dengan 1MDB.

Peguam bela utama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai hal berkenaan pada awal prosiding jam 2.18 petang ini.

“SPRM menyediakan rakaman pita dan mereka mendedahkannya kepada dunia secara keseluruhan. Majoriti kandungannya boleh digunakan untuk pembelaan kami,” kata Tan Sri Shafee.

Timbalan Pendakwaraya V Sithambaram kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhak untuk membantah atau tidak membantah permohonan itu, sementara pendakwaan menunggu melihat butiran lanjut.

Dalam pada itu Dato’ Seri Mohd Najib di facebooknya menyambut baik tindakan itu.

“Terima kasih. Peguam saya telah memohon secara rasmi kepada Mahkamah hari ni,” kata Dato Seri Mohd Najib yang merujuk kepada pendedahan rakaman audio perbualan Dato’ Seri Najib dan beberapa figura lain.

Leave a Reply