Pegawai Keselamatan Arab Saudi gagalkan serangan di Masjidil Haram

0

Di Mekah cubaan seorang lelaki untuk menyerang imam di Masjidil Haram berjaya dipatahkan  pegawai keselamatan Arab Saudi.

Lapor Akhbar Watan, Pegawai keselamatan, Mohammed Al-Zahrani berjaya memintas lelaki berkenaan dan menolaknya keluar ketika dia cuba menyerang imam menggunakan tongkat.

Penyerang itu kemudian dikeluarkan daripada masjid dengan bantuan pegawai lain.

Adegan serangan di mimbar ketika imam Masjidil Haram Sheikh Bandar Baleelah, menyampaikan khutbah Jumaat turut tersiar secara langsung di televisyen pada Jumaat lalu.

Siasatan awal polis mengesahkan, penyerang itu berpakaian ihram mengaku sebagai ‘bakal Imam Mahdi’.

Dia kemudian ditahan oleh pegawai keselamatan susulan tindakan oleh Al-Zahrani yang menghalangnya, kata jurucakap polis Makkah.

Imam Masjidil Haram Syeikh Baleelah meneruskan khutbahnya biarpun berlaku insiden itu.

Suspek berusia 40 tahun itu adalah warganegara Arab Saudi, menurut akhbar Al-Watan.

Al-Zahrani dipuji sebagai ‘wira’ dan penghargaan diberi oleh rakyat negara itu selepas video tindakannya itu tersebar di media sosial.

Pada Mac lalu, seorang lelaki memegang pisau bertindak berjalan di antara saf jemaah dengan melaungkan slogan ekstremis.

Dia kemudian dipukul dengan kerusi oleh jemaah haji dan pegawai keselamatan bagi menghentikan tindakannya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply