Pegawai di Kementerian Belia dan Sukan digantung tugas sehingga siasatan selesai – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

0

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mengulas isu mengenai pegawainya yang ditahan pihak polis dalam serbuan awal pagi tadi.

Dalam kenyataan itu Syed Saddiq berkata berikutan penahanan salah seorang pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang disyaki positif dadah itu akan digantung tugasnya sehingga siasatan selesai.

“Susulan itu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip keluhuran undang-undang.

“Saya juga akan menggantung tugas pegawai Kementerian Belia dan Sukan yang terbabit sementara menanti siasatan dimuktamadkan,” katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang negara tanpa mengira jawatan dan status. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply