PDRM pertingkat kawalan di seluruh sempadan

0

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh sempadan dan perairan akan terus dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan pendatang warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia, (PDRM) akan menambah 100 peratus kekuatan anggota yang bertugas di kawasan sempadan darat dan perairan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini.

“Inisiatif ini diambil bagi mengelak berlakunya gelombang ketiga penularan COVID-19 dalam negara kerana boleh jadi virus terbabit dibawa daripada luar.

“Kami jangkakan virus tersebut akan dibawa oleh pendatang pendatang tanpa izin yang menggunakan ‘laluan-laluan tikus’ dan sudah pasti kehadiran mereka di negara kita tanpa melalui proses saringan, pemeriksaan amat berisiko tinggi,” ujar beliau.

Menurutnya, setakat ini seramai 2,500 anggota ditugaskan untuk mengawal dan meronda di sempadan darat dan juga pantai di seluruh negara dengan melaksanakan pelbagai operasi.

Pihaknya menjangkakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk PATI ke negara ini menggunakan laluan tikus sekaligus menyebabkan kemasukan mereka tanpa melalui saringan.

Jelas beliau, isu berkaitan sudah dibincangkan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan kelmarin.

KAWALAN PERGERAKAN | Kawalan Sempadan & Perairan DipertingkatPolis Diraja Malaysia, (PDRM) akan menambah 100 peratus…

Dikirim oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Senin, 06 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply