PDRM laksana 154 Sekatan Jalan Raya Rentas Sempadan Negeri

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan 154 Sekatan Jalan Raya Rentas sempadan negeri dan sejumlah 264,280 kenderaan telah diperiksa di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 2,539 kenderaan didapati cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan telah diarah berpatah balik.

Menurut rekod, negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi adalah Melaka (886), Perak (362) dan Pulau Pinang (284).

Seramai 64 individu telah ditahan manakala 40 lagi direman atas kesalahan melanggar Standard Operating Procedure (SOP).

Selain itu, PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 24 individu atas kesalahan melanggar SOP.

Diingatkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply