PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam terkawal – KPN

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak gusar kerana pihaknya akan memastikan tahap keselamatan kekal berada pada tahap selamat.

“Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply