PDRM gesa orang ramai supaya tidak berkongsi kenyataan yang menyebabkan kerisauan awam

0

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Huzir Mohamed, berkata PDRM telah menyiasat kenyataan yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Sharifah Sofea Syed Rashid III yang memuat naik penyerahan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menjalankan siasatan ke atas satu kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook “Sharifah Sofia Syed Rashid III” berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri Malaysia dan perkongsian berkenaan telah dikongsi oleh beberapa pemilik akaun Facebook yang lain iaitu “Zali Zakri”, “Kunak Sabah Balacan” dan “Malek Hj Lahab”.

Menurutnya, PDRM telah melakukan sisatan kes di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana mana golongan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengesan kesemua suspek yang terlibat dan bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai supaya tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, akhbar angin atau berita yang menyebabkan kegentaran pada orang awam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply