PDRM dan ATM laksana operasi task force pantau pematuhan SOP PKPB

0

Seperti yang diumumkan sebelumnya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP melalui operasi task force.

Menerusi sidang media, Menteri Kanan Keselamatan, dilaporkan 17,728 premis di periksa termasuk 1,057 pasar raya, 1,743 restoran dan 598 kilang serta tindakan nasihat telah dibuat.

“Dalam operasi pemantauan pihak berkuasa juga telah melakukan pemeriksaan di 325 terminal pengangkutan darat, 37 pengangkutan air dan 12 terminal pengangkutan udara.

“Pasukan task force dalam operasi pemantuhan semalam telah memeriksa 9,259 kenderaan pensendirian dan 1,145 kenderaan awam.

“Selain itu, turut diperiksa adalah 546 pasar awam, 927 tempat ibadah, 298 tempat riadah dan 180 tapak binaan,” ujar beliau.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sepanjang tempoh PKPB kerajaan akan menggunakan tiga pendekatan iaitu fasa pertama peringkat nasihat, fasa kedua pula amaran dan fasa ketiga adalah tindakan undang-undang bagi mereka yang masih berdegil dan tidak patuh kepada SOP.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply