PDRM dan ATM akan buat rondaan pada hari perayaan

0

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di musim perayaan Aidilfitri.

Rondaan dan pemantauan oleh PDRM dan ATM akan meliputi di setiap kawasan di seluruh negara bagi memastikan orang awam mematuhi SOP ketika di perayaan Aidilfitri.

Jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan dan menyiasat dari segi jumlah individu yang berada di dalam kediaman terbabit.

Operasi rondaan ini akan mula dilaksanakan pada hari raya pertama dan juga hari raya seterusnya bagi memastikan SOP dipatuhi sebaik mungkin.

PKPB : PDRM & ATM AKAN BUAT PEMERIKSAAN DARI RUMAH KE RUMAH SEMASA HARI RAYAJangan ingkar PKPB. Teruskan patuhi SOP…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 19 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply