PDRM cadang hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol

0

Isu kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk kerap kali berlaku dan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini hingga meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

Susulan isu hangat yang mula diperkatakan ramai dan menaikkan kemarahan di kalangan masyarakat, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius serta mencadangkan diberi hukuman berat terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kajian semula undang-undang mengenai perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Kementerian Pengangkutan nanti.

Berdasarkan perundangan yang sedia ada kini, mengikut Seksyen 45A (1) telah memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang memandu dibawah pengaruh alkohol akan dihukum penjara tidak lebih 12 bulan dan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000.

Malah individu yang disabitkan dibawah Seksyen 44 memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang serta tidak lebih daripada tempoh 12 bulan dan denda maksimum RM10,000. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply