PdPDR start esok, mak ayah dah ready belum? Telatah ibu naik angin ajar anak di rumah menghiburkan!

0

Pengumuman penyambungan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) antara lain penutupan sekolah bagi semua murid kecuali pelajar yang menduduki peperiksaan utama.

Dalam tempoh terbabit, pelajar perlu menyambung pengajian secara Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPDR) atau secara ‘online’ bersama guru masing-masing seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin baru-baru ini.

Rentetan itu, ibu bapa turut digalakkan untuk sama-sama memantau dan sentiasa berhubung dengan para guru demi memastikan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian.

Dalam satu perkongsian video di platform media sosial Facebook, mempertontonkan seorang ibu sedang memberi tunjuk ajar anaknya dalam pembelajaran.

Apa yang melucukan apabila melihat ‘aksi’ ibunya yang naik anginnya adalah perangai acuh tak acuh anaknya sewaktu belajar! Boleh hilang stress kita yang melihat ibunya yang sedang stress đŸ˜‚


Harapnya para ibu bapa dan penjaga di luar sana bawa-bawa bersabar ketika mengajar anak-anak ya! đŸ˜…

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply