Pawagam patuh syariah di Terengganu

0
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Buat julung kalinya, pawagam patuh syariah yang mengasingkan tempat duduk kepada tiga bahagian untuk lelaki, perempuan dan keluarga dilaksanakan.

Secara teknikalnya, pada mesin pembelian tiket memaparkan kedudukan mengikut kelas bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan tempat duduk seterusnya mempercepatkan proses pembelian dan bayaran.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kakimuvee, LFS Kuala Terengganu merupakan pawagam pertama di Malaysia yang membuat pengasingan.

Ia telah berkuatkuasa sejak 4 Julai lalu atas arahan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tahniah Terengganu!

Langkah ini bukan sahaja mendidik masyarakat agar menjaga batas pergaulan dan tatasusila, malah sedikit sebanyak dapat membendung masalah sosial berlaku.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

LFS Kuala Terengganu menjadi antara Pawagam pertama di Malaysia yang tempat duduknya telah diasingkan kepada Lelaki,…

Posted by Kakimuvee on Saturday, 4 July 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply