“Patuhi SOP, tak boleh rentas jangan rentas” – Fazura

0

“Tak boleh rentas jangan rentas” demikian kata pelakon popular Fazura yang mencetuskan tanda tanya netizen apabila bertindak memberi komen mengenai isu rentas negeri.

Komen berkenaan dibuat Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, semasa menjadi juri menerusi siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi.

 

“Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh rentas jangan rentas,” katanya.

Menjengah laman Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan dan berteka-teki adakah komen berkenaan dilakukan secara umum atau ditujukan kepada mana-mana individu tertentu.

“Fazura perli sapa tu? Tak boleh rentas jangan rentas. Hahaha.

“Smooth (lembut) je Fazura perli,” tulis netizen.

Terdahulu, tindakan beberapa selebriti terkenal tanah air melakukan rentas negeri atas tiket urusan kerja menjadi bualan netizen kerana didakwa menyalahgunakan permit kebenaran yang diberikan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com

Leave a Reply