Patuhi SOP, simpati dan hargai jasa ‘frontliner’!Tular video keadaan Pusat Kuarantin COVID-19 yang hampir lepasi kapasiti maksimum

0

Pertambahan kes harian COVID-19 dalam negara semakin membimbangkan.

Melalui laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan kes baharu membabitkan warga tempatan mahupun warga asing tiada menunjukkan sebarang penurunan.

Semalam, KKM merekodkan bilangan kes harian paling tinggi dengan kekal empat angka iaitu dengan jumlah 3,027 yang menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 128,465 kes.

Terbaharu, tular gambar dan rakaman video keadaan sesak dipercayai di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang sudah melepasi kapasiti maksimum.

Video berkenaan memperlihatkan ramai pesakit COVID-19 yang telah dikuarantin dan terdapat penambahan pesakit baharu yang sedang beratur memasuki dewan berkenaan.

Melihat kepada penularan video berkenaan, jelas menggambarkan keadaan dan suasana pusat kuarantin yang saban hari menerima jumlah pesakit yang ramai rentetan jangkitan dari wabak pandemik ini.

Boleh kita bayangkan bagaimana bebanan tugasan para petugas KKM yang menerima ribuan kes baharu yang perlu diberi perhatian rapi saban hari.

Mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan lambakan kes harian yang tinggi setiap hari malah mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan insan lain.

Diharap dengan perkongsian video dan foto-foto berkenaan dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar dapat mendisiplinkan diri sekaligus mematuhi SOP yang disarankan pihak berwajib.

Untuk rekod, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau MAEPS 2.0 bermula awal Disember tahun lalu.

Keputusan mengaktifkan PKRC MAEPS 2.0 yang diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dengan pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply