Patuh arahan “self quarantine”, Emma Maembong dan suami berbulan madu di rumah

0

Seluruh rakyat Malaysia diseru mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan sepanjang berada di rumah, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga.

“Please stay at home is what our prime minister said🤪 means honeymoon dekat rumah jela kita @shazli.a nampaknya 🥰 #ShazlemaloveStory #EmmaXShazli #Emanizers #Emmamaembong @emanizers” tulis Emma menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya.

Emma turut memuat naik satu foto mereka berdua berpakaian sedondon.

Pasangan ‘love birds’ Emma dan Shazli yang baharu sahaja bergelar suami isteri dan telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu di sebuah premis acara di Bukit Damansara ini nampaknya belum sempat berbulan madu lagi ya!

Namun perkongsian Emma mendapat pelbagai reaksi dari para pengikutnya di laman media sosial berkenaan dan tidak kurang juga yang memberikan nasihat mengatakan tidak perlu terlalu menunjukkan bahagia di laman sosial kerana banyak buruk dari baiknya.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply