PATI sertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling diminta buat ujian saringan COVID-19

0

Pendatang Tanpa Izin, PATI yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu tidak perlu takut untuk membuat ujian saringan COVID-19.

Menteri Pertahanan menegaskan dalam perkara ini, mereka tidak akan ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ini kerana jelas Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, fokus kerajaan pada ketika ini adalah untuk memastikan semua peserta tabligh berkenaan menjalani ujian saringan wabak Covid-19.
Dan bukannya status dokumen perjalanan mereka.

“Mereka perlu keluar dan tidak perlu takut dari segi dokumen perjalanan yang tidak ada pada mereka.

“Kita tidak fokus kepada dokumen berkenaan tetapi kita fokus kepada samada mereka bersih daripada COVID-19 ataupun positif.

“Kita hanya ingin membuat ujian saringan dan jika didapati bergejala perintah kuarantin akan dilaksanakan,” Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

Justeru, beliau menyeru semua warga asing sama ada yang memiliki dokumen perjalanan yang sah atau tidak untuk tampil secara sukarela menjalani ujian saringan COVID-19.

“Semasa perhimpunan tersebut mungkin ada pendatang asing yang tiada dokumen perjalanan ataupun jika mereka etnik Rohingya sekali pun, tidak perlu takut”, katanya di sidang media hari ini.

TERKINI | Pendatang asing terutama yang ada mengikuti perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling diminta segera tampil…

Dikirim oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Sabtu, 21 Maret 2020

 

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply