PATI di Sabah akan dihantar pulang ke negara asal 30 Jun

0

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berada di Sabah akan dihantar pulang ke negara asal, Filipina Selasa ini (30 Jun).

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 5,280 PATI telah disaring dan kesemua mereka disahkan negatif.

Selain itu, sebelum ini kerajaan juga telah menghantar pulang 627 PATI dari Indonesia yang berada di negeri itu.

“Semalam sebanyak 68 sekatan jalan raya Operasi Benteng diadakan dan 36,896 kenderaan telah diperiksa bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Dalam operasi itu, seramai 1,057 PATI dan 188 tekong ditahan kerana memasuki sempadan negara secara haram.

“Turut ditahan 63 individu yang disyaki sebagai penyeludup PATI berserta 32 buah kapal disita,” ujar beliau.

PATI FILIPINA DI SABAH AKAN DIHANTAR PULANG 30 JUN 2020Sebanyak 5,280 pendatang tanpa izin Filipina di Sabah akan…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Saturday, 27 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply