TERENGGANU Inc TSG sah bergelar juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)

0

Pasukan “Terengganu Cycling Team”, TSG telah dinobat sebagai juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2018-19 menerusi kemaskini terbaru yang dikeluarkan badan induk dunia dan mengalahkan 43 pasukan yang bersaing bermula Oktober tahun lalu.

Memetik laporan akhbar Harian Metro, pasukan berkenaan berjaya mengumpul 2,658 mata untuk menempatkan pasukan di kedudukan pertama sekali gus bergelar juara .

Persaingan terakhir untuk musim ini adalah perlumbaan lebuh raya Piala Jepun yang telah berlangsung  pada Ahad lalu.

Dalam jelajah Asia sejumlah 44 pasukan bersaing bagi musim ini yang bermula Oktober tahun lalu.

TSG muncul pasukan di ranking ke-28 dunia dalam senarai yang turut menampilkan pasukan World Tour dan profesional benua.

Pelumbanya dari Algeria, Youcef Reguigui muncul penyumbang mata terbanyak dengan 921 mata manakala Nur Amirull Fakhruddin Mazuki menjadi pelumba tempatan terbanyak dengan 170 mata.

Satu lagi pasukan benua negara, Team Sapura (TSC) menduduki tempat kedua dengan 1,822.26 mata manakala tempat ketiga diraih Team Ukyo dari Jepun dengan 935.17 mata.

Leave a Reply