Pasukan petugas khas dibentuk perhalusi isu PKS

0
Satu Pasukan Petugas Khas akan dibentuk bagi memperhalusi isu pembiayaan, tenaga kerja dan keperluan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta golongan rentan.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasukan berkenaan akan melibatkan Kementerian Kewangan; Bank Negara Malaysia; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri; Kementerian Sumber Manusia serta kementerian-kementerian Iain yang berkaitan.

“Pasukan petugas khas ini akan membentangkan kajian terperinci dan syor tertentu kepada MPN dalam tempoh sebulan daripada tarikh mesyuarat kita pada hari ini.

“Kita anggap perkara ini amat penting supaya MPN dapat mengetahui sektor PKS mana yang paling terkesan dan kita tahu kehendak serta bentuk sokongan bantuan sama ada dalam bentuk pembiayaan, insentif dan lain-lain kemudahan perbankan serta keperluan yang diharapkan PKS.

“Kita juga mahu tahu sektor mana yang memerlukan pekerja, berapa ramai, bila atau bagaimana kita nak selesaikan masalah itu,” katanya.

Jelas beliau, Pasukan Petugas Khas itu akan membentangkan kajian terperinci dan syor-syor dalam masa sebulan kepada MPN untuk pertimbangan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN keempat di Lanai Kijang, BNM, hari ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply