Pasukan Gerakan Khas rampas rokok seludup bernilai lebih RM 2.7 juta

0

Sejumlah 17,000 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM2,788,000.00 telah dirampas dalam satu operasi sindiket pengedaran rokok seludup yang bergiat aktif di seluruh semenanjung Malaysia pada 10 Februari lalu.

Operasi yang dijalankan oleh Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman berjaya menahan dua orang lelaki melayu warga tempatan berumur 30 dan 54 tahun.

Kedua-dua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kajang, Selangor selama lima hari mulai 11 hingga 15 Februari 2020 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Pengarah JKDNKA, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam operasi itu turut dirampas tiga buah kenderaan iaitu dua buah lori jenis Nissan UD dan Hicom Perkasa serta sebuah van jenis Toyota Hiace yang menglibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,923,000.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pengakutan Jalan 1987.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply