Pasca COVID-19 yang dijangka ubah landskap perniagaan, negara perlu laksana penstrukturan ekonomi – MB Pahang

0

Oleh : Wan Rosdy bin Wan Ismail

Laporan Bank Dunia yang bertajuk “Asia Timur dan Pasifik Dalam Masa Covid-19” telah memperincikan ramalan kesan penularan wabak Covid-19 kepada ekonomi negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Entiti kewangan antarabangsa itu menyatakan, sungguhpun pakej stimulus yang diterbitkan oleh kerajaan pada ketika ini mampu untuk mengurangkan impak wabak Covid-19 di Malaysia, namun kita masih memerlukan satu langkah polisi ekonomi yang lebih efisyen bagi memulihkan ekonomi untuk jangka masa yang lebih panjang.

Negara kita Malaysia, perlu melaksanakan penstrukturan ekonomi, pasca Covid-19 yang dijangkakan akan mengubah landskap perniagaan dan pelaburan tanah air. Fokus perlu diberikan kepada hal-hal seperti berikut:

1. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya perlu dipersiapkan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Ini termasuk persediaan dari segi mental, kewangan dan juga sikap.

2. Organisasi perniagaan samada besar ataupun kecil wajar bersiap siaga dalam usaha untuk menstruktur semula aturan ekonomi negara.

3. Sebelum ini, fokus dan sasaran utama adalah untuk survival dalam memelihara pernigaan dengan perincian terhadap keuntungan semata-mata. Kini adalah penting untuk entiti perniagaan memikirkan bagaimana untuk mengekalkan perniagaan mereka, selepas tamatnya ancaman wabak yang pada ketika ini telah menyebabkan kematian sehingga 74,691 orang di seluruh dunia.

4. Para peniaga, khususnya dari kalangan Peniaga Kecil & Sederhaan (PKS) yang kini terkesan dengan penularan wabak ini perlu mencari dan mencuba cara alternatif bagi meneruskan operasi perniagaan.

5. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengadaptasi sistem perniagaan atas talian (online) yang dilihat akan menjadi pemain utama dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi ketika ini.

6. Menurut Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia, ekonomi digital ini akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia. Yang mana dalam pekej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 27 Mac dan 6 April 2020 turut merangkumi bantuan kepada para peniaga khususnya dalam sektor Peniaga Kecil & Sederhana (PKS) untuk terus menjalankan aktiviti mereka, melalui sistem online.

7. Mengadaptasi perniagaan konvensional kepada platform digital ini akan dapat memberikan ruang dan peluang yang baharu, bukan sahaja untuk terus kekal beroperasi tetapi juga membuka pasaran yang lebih luas.

8. Dalam menghadapi pelbagai cabaran ini, tiga asas utama yang perlu kita gerakan iaitu keupayaan kita untuk mengimprovisasi (improvise), menyesuaikan diri (adapt) dan mengatasi masalah (overcome).

9. Saya yakin, rakyat di Malaysia, khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur, akan berupaya untuk menghadapi cabaran dan dugaan ini.

10. Kerjasama antara rakyat dan kerajaan perlu diperkukuhkan agar segala inisiatif dan langkah proaktif yang diambil dapat mencapai matlamat yang hendak dituju.

Laporan Bank Dunia yang bertajuk "Asia Timur dan Pasifik Dalam Masa Covid-19" telah memperincikan ramalan kesan…

Dikirim oleh Wan Rosdy bin Wan Ismail pada Senin, 06 April 2020

WAN ROSDY WAN ISMAIL, MENTERI BESAR PAHANG

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply