PAS serah sepenuh kebijaksanaan PM bentuk Jemaah Menteri tanpa syarat dan permintaan

0

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bertegas menyerahkan sepenuh kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat tanpa sebarang syarat dan permintaan.

Dalam satu kenyatan media Presiden PAS berkata beliau menghargai jemputan Tan Sri Muhyiddin untuk memberi pandangan
awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.

Beliau turut menyatakan pandangan agar individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran serta mewakili masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang ini juga menyarankan di kalangan profesional terlibat membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat serta mewujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply