Pas lawatan warga asing dibatalkan jika enggan bayar kos kuarantin

0

Pas Lawatan Jangka Panjang warga asing akan dibatalkan sekiranya di antara mereka enggan membayar kos ketika menjalani proses kuarantin.

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Indera Khairul Dzaimee berkata antara jenis pas yang terlibat termasuklah Pas Suami atau Isteri kepada warga negara, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Penggajian (ekspatriat), Pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan lain-lain kategori.

“JIM memberi amaran akan membatalkan Pas yang dimiliki oleh warga asing sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin terbabit.

“Keengganan mereka ini disifatkan telah menjejaskan usaha kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan COVID-19.

“Sehubungan ini JIM menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini dari agensi kerajaan,” kata beliau.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan dikenakan jika ingkar arahan serta gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply