Parlimen : 18.4 juta vaksin sudah disuntik – KJ

0

Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 12.49 juta penduduk negara ini atau 38.2 peratus keseluruhan populasi, sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu 5.9 juta atau 18.1 peratus mendapat dos lengkap vaksin.

Katanya, dengan ini bermakna sebanyak 18.4 juta dos vaksin yang sudah diberi kepada rakyat negara ini.

“Sebanyak 53.3 peratus orang dewasa daripada keseluruhan populasi rakyat negara ini sudah menerima menerima satu dos vaksin,” katanya ketika membentangkan PICK kepada Ahli-ahli Parlimen pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, kira-kira 25.2 peratus populasi dewasa sudah menerima dos lengkap.

“Bagi petugas barisan hadapan, dalam fasa pertama program vaksinasi seramai 695,000 selesai dos lengkap, iaitu 195 peratus lebih tinggi daripada sasaran awal 500,000 orang.

“Kumpulan fasa kedua pula sehingga25 Julai lalu mencatatkan 93 peratus penduduk berusia 60 tahun ke atas yang sudah mendaftar menjadi penerima vaksin, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply