Para pelakon Harry Porter bakal bersatu kembali sambut ulang tahun ke-20 dengan tayangan filem pertama “Return to Hogwarts”

0

Siapa yang tidak kenal watak Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger menerusi filem Harry Potter kan?

Gandingan lakonan Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson ini pernah mencipta fenomena dua dekat lalu apabila tayangan setiap filem mereka menerima sambutan sungguh luar biasa dan telah mengutip kira-kira AS7.8 bilion ( RM32.5 bilion) di seluruh dunia.

Filem berinspirasi dari novel nukilan JK Rowling ini diminati dan ditonton bukan sahaja kanak-kanak dan orang muda, malah golongan dewasa turut sama berpusu-pusu mengunjungi pawagam bagi menyaksikannya. Sungguh fenomena!

Terkini, menerusi perkongsian laman media Instagram @wizardingworld , para pelakon dan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini bakal bersatu semula pada 1 Januari 2022 bagi meraikan ulang tahun ke-20 filem pertamanya iaitu “Harry Potter 20th Anniversary : Return to Hogwarts”.

Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Robbie Coltrane yang memainkan watak Hagrid, Tom Felton (Draco Malfoy), Helena Bonham Carter (Bellatrix Lestrange), Gary Oldman (Sirius Black), pengarah Chris Columbus dan bintang lain daripada lapan filem itu dikhabarkan akan turut menyertainya bertempat di sekolah berasrama penuh Hogwarts, iaitu set filem di London dimana filem pertama dibuat.

Memetik hantaran pelakon Emma Watson di Instagram peribadinya, @emmawatson, “Harry Potter 20th Anniversary : Return To Hogwarts” akan dapat ditonton menerusi penstriman HBO Max pada 1 Januari 2022 nanti.

Mengimbas kembali, filem fantasi ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yatim piatu bernama Harry Potter mempunyai kuasa magis yang diwarisi dari kedua orang tuanya.

Namun, Harry hanya menyedari dirinya mempunyai kuasa luar biasa itu pada usia 11 tahun yang kemudiannya terpilih bagi menyambung pelajaran di sebuah sekolah magis bernama Hogwarts.

Dari situ bermulalah babak demi babak ; cemas, gembira, suka duka Harry bersama teman-teman baiknya dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pelajar serta merungkap misteri yang melingkari fikiran. Elemen kasih sayang dan kerjasama antara keluarga, rakan-rakan serta guru-guru yang dipaparkan dalam filem ini sungguh menyentuh hati.

²

Sebanyak lapan filem Harry Potter telah bersiaran bermula 2001 iaitu Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001), Harry Potter & The Chamber Of Secrets – Fantasy/Adventure (2002),
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004), Harry Potter And The Goblet Of Fire (2005), Harry Potter and the Order Of The Phoenix (2007), Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009), Harry Potter & The Deathly Hallows Pt 1 (2010) dan Harry Potter & The Deathly Hallows Pt 2 (2011).

Oleh itu, kepada peminat yang merindui dan ingin menyaksikan penampilan terkini selebriti Harry Potter kesayangan mereka, jangan lupa untuk melekat di hadapan skrin pada tahun baru nanti ya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply