Papagomo gesa KDN dan Polis siasat foto tular kad pengenalan Malaysia dan passport negara asing, beridentiti individu sama

1

Exco Pemuda UMNO, Wan Muhd Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo mendedahkan sekeping gambar yang di terima beliau, memaparkan kad pengenalan Malaysia dan passport negara asing beridentiti individu yang sama.

foto: FB Sir Azri

“Aku masih bersangka baik walaupun terkejut bila menerima paparan gambar seorang wanita yang mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan dalam masa yang sama juga merupakan warganegara China” ujar beliau di facebook Sir Azri.

sumber: FB Sir Azri

Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat kesahihan gambar ini, memandangkan pada waktu ini memang ada sendiket kad pengenalan palsu yang beroperasi di Malaysia.

“Harap pihak Kementerian Dalam Negeri dapat menyiasat sama ada kad pengenalan ini tulen ataupun palsu memandangkan waktu ini memang ada sendikit kad pengenalan palsu yang beroperasi di Malaysia” katanya.

Beliau turut menyeru, kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai gambar ini, perlu lah melaporkannya kepada pihak polis.

Ini kerana adalah menjadi satu kesalahan, apabila seorang rakyat Malaysia mempunyai dua kerakyatan.

“Menjadi tanggungjawap kita sebagai seorang warganegara Malaysia untuk melaporkan kepada pihak Polis jika ada kecurigaan kita terhadap kes – kes sebegini

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan rakyat Malaysia mempunyai dua kerakyatan dalam satu-satu masa” katanya lagi.

Aku masih bersangka baik walaupun terkejut bila menerima paparan gambar seorang wanita yang mempunyai kad pengenalan…

PubliĆ©e par Sir Azri sur Vendredi 6 septembre 2019

Leave a Reply