Papagomo bakal diharamkan masuk ke Sabah?

0

EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo bakal diharamkan masuk ke negeri Sabah, demikian yang diminta oleh Mohd Shah Mohd Bustan selaku Ahli Jawatan Kuasa, Wira dan Wanita Parti Warisan Bahagian Silam.

Ianya berhubung dengan tindakan terburu buru Papagomo semasa demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dimana Papagomo telah mengoyak gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa, Wira dan Wanita Parti Warisan Bahagian Silam itu berkata, bagi mengelakkan sebarang unsur provokasi yang boleh memecahkan perpaduan kaum di Sabah, maka pengharaman Papagomo ke Sabah harus dilakukan.

Tambahnya, perbalahan bakal tercetus, malahan maruah pemimpin Sabah serta kredibiliti Parti Warisan bakal jatuh dengan tindakan yang dilakukan oleh Papagamo.

Tambahnya lagi, mereka mencadangkan supaya tindakan menyenarai hitamkan Papagomo dari terus memasuki negeri ini dapat diambil, ujarnya ketika membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu

Menurutnya, pihaknya memilih kedamaian dan budaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai pelbagai perbezaan idealogi. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply