Pantau PKP menggunakan dron di kawasan sempit dan zon merah

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan dron bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan-kawasan tertentu.

Lebih 10 unit dron yang dilengkapi dengan alat teknologi pengesan haba dan pembesar suara ini digunapakai bagi mengawal dan memantau pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Dron yang digunakan ini juga berupaya mengeluarkan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Antara lokasi penggunaan dron ialah di tempat-tempat tumpuan awam terutama di pusat bandar serta di kawasan sempit dan kawasan zon merah wabak COVID-19.

DRON DIGUNA SECARA MELUAS TERMASUK SEBELAH MALAM

DRON DIGUNA SECARA MELUAS TERMASUK SEBELAH MALAMDron digunakan secara meluas bagi mengawal dan memantau pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April nanti.Jika sebelum ini ia digunakan pada sebelah siang, penggunaan dron kini diperluaskan pada sebelah malam juga 👍🏾#COVID19#StayAtHome#RestrictedMovementOrder#perintahkawalanpergerakanAngkatan Tentera Malaysia-ATMPolis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )Kementerian Dalam Negeri (KDN)Jabatan Penerangan MalaysiaKementerian Pertahanan MalaysiaKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 29 Maret 2020

Memetik kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas semalam, sepanjang pelaksanaan PKP, sebanyak 1,046 sekatan jalan raya diadakan dengan jumlah kenderaan diperiksa sebanyak 240,544.

Melihat keadaan itu, kerajaan terpaksa mempertimbangkan langkah komprehensif dan akan mengumumkan prosedur operasi standard baharu PKP yang lebih ketat di seluruh negara dalam sehari dua lagi.

Bagi mengurangkan kes penyebaran COVID-19, pihak berkuasa telah melakukan segala yang diperlukan dengan tidak teragak-agak mengenakan hukuman ke atas mereka yang masih berdegil.

Ini dibuktikan dalam tempoh 48 jam sahaja, hampir 400 tangkapan dibuat ke atas individu yang tidak mematuhi PKP.

Antara sebab ditangkap kerana mereka keluar melakukan senaman dan menunaikan solat Jumaat.

Malah ketika ditahan, ada diantaranya memberi alasan mahu membeli barang sedangkan arahan PKP secara jelas mengehadkan pergerakan keluar rumah hanya untuk tujuan membeli kelengkapan harian dan dilakukan ketua keluarga saja. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply