Panglima Angkatan Tentera turun padang tinjau pelaksanaan Operasi Penawar

0

Hari ini adalah hari pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatur gerak membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12.00 tengah hari.

Dalam misi ini, ATM dan PDRM diarahkan membuat pemantauan, rondaan serta sekatan jalan raya di kawasan luar bandar dan kawasan bandar, pengawalan di hospital, kawasan sesak seperti di pasar, kawasan berisiko tinggi serta di pintu masuk sempadan negara.

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MENINJAU PELAKSANAAN OPERASI PENAWAR KUALA LUMPUR, 22 Mac 2020 – Panglima Angkatan Tentera,…

Dikirim oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia pada Minggu, 22 Maret 2020

Dalam kesibukan pihak berkuasa menjalankan tugas, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang turun padang meninjau salah satu lokasi sekatan jalan raya di Jalan Ampang bagi melihat pelaksanaan Operasi PENAWAR dijalankan.

Beliau turut ditemuramah oleh beberapa agensi media berkenaan pelaksanaan operasi memutuskan rangkaian wabak COVID-19 dalam negara.

Setakat petang ini, pengawalan sekatan jalan raya berjalan lancar dan terkawal.

Di ruangan komen laman rasmi Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia, warganet mengucapkan selamat bertugas dan berterima kasih di atas sumbangan tenaga para wira negara demi menjaga keselamatan dan menjayakan tempoh kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri.

Malah ada juga yang meninggalkan komen-komen nakal dan menghiburkan!

Kami dari The Malaya Post mengucapkan, Selamat bertugas tuan!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply