Pakatan Harapan mahu sidang parlimen diteruskan bagi menentukan sokongan majoriti PM ke-8

0

Dengan memiliki sokongan 112 Ahli Parlimen, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memohon agar sidang pertama bagi penggal ke-3 parlimen diteruskan.

Sidang pertama yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac ini bertujuan untuk menentukan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri yang baharu.

Malah katanya, ini merupakan peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara yang tidak menentu sekarang.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Dalam pada itu, Majlis Presiden memaklumkan bahawa Dato’ Seri Saifuddin Nasution kini dilantik sebagai Ketua Setiausaha PH yang baharu.

Perlantikan ini dibuat setelah bekas Setiausaha PH, Dato’ Saifuddin Abdullah mengambil keputusan keluar dari parti PKR bersama-sama 10 Ahli Parlimen lain.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply