Pak Malim bagai ayah sendiri, MB Peja zahir rasa dukacita pemergian Sasterawan Negeri Perak

0

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan hari ini menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Sasterawan Negeri iaitu Dr. Mohamed Ghazali Abdul Rashid.

Malim Ghazali PK atau lebih mesra disapa sebagai Pak Malim merupakan tokoh yang sangat berjasa dalam memperjuangkan dunia sastera tanah air.

Karya-karya ulung Allahyarham telah menjadi sebahagian daripada khazanah agung bidang sastera negara terutama di Perak.

Dalam kenyataannya, MB Peja berkata pemergian Allahyarham bukan sahaja satu kehilangan besar kepada bidang sastera negara malah ia turut memberi kesan secara peribadi terhadap dirinya.

“Saya sangat rapat dengan Allahyarham Pak Malim malah menganggap beliau bagaikan ayah saya sendiri.

“Saya dengan rendah hati menyeru kepada semua muslimin dan muslimat sedekahkan pahala bacaan surah Al-fatihah buat Allahyarham Pak Malim.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar diberi ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini

Allahyarham meninggal seorang balu Puan Ratnawati Jamil dan tiga anak.

Salam takziah dari kami di The Malaya Post. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah 🙏

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Bagi pihak pentadbiran Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat negeri Perak saya dengan perasaan penuh hiba dan pilu,…

Posted by Faizal Azumu on Thursday, 18 June 2020

Leave a Reply