Pahang tambah dua pemain import baharu, Ivan Carlos dan Adam Reed

0

Pahang telah menambah dua lagi pemain import untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Lima M) bagi musim ini setelah terdahulu memiliki Herold Goulon, anak kelahiran Perancis sebagai pemain pertahanan.

Ivan Carlos (31) dari Brazil manakala Adam Reed (29) dari Filipina sah menyertai skuad Pahang dan akan memperkasakan jentera serangan dan tengah, malah perkara ini disahkan oleh pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Menurutnya, beliau berharap dengan kehadiran dua pemain import baharu ini, diharapkan memberi impak positif kepada pasukan tersebut kerana kedua-dua pemain ini memiliki pengalaman di bahagian serangan dan tengah.

Berdasarkan rekod, Carlos pernah bermain di Liga Indonesia bersama kelab Persela Lamongan dan Persija Jakarta. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply