Lagu Moh Beraya, paduan suara MB Peja bersama Dato’ Jamal Abdillah dan Shiha Zikir

0

Kreatif dan menghiburkan!

Karya cetusan idea Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mempersembahkan sebuah video klip animasi kegembiraan perantau kota yang dalam perjalanan pulang ke desa untuk bertemu ayah bonda sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tambah menarik apabila wajah MB Peja dan barisan artis di ‘transformkan’ dalam bentuk rupa animasi.

Lagu raya pula dinyanyikan dalam loghat Perak disampaikan oleh barisan penghibur terkenal antaranya Dato’ Jamal Abdillah, Shiha Zikir dan MB sendiri disamping rakan-rakan beliau.

Berentak ceria dan meriah, lagu berjudul Moh Beraya ini adalah hasil ciptaan komposer Harry Khalifah manakala lirik oleh saudara Ajim Maze.

MB Peja yang berkongsi video klip ini di platform media sosial Facebooknya @Faizal Azumu berharap agar masyarakat terhibur dengan nyanyian beliau ini.

Bukan kaleng-kaleng! Serba boleh MB Perak kome ni 👍🏻😀

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply