Padam kesemua gambar dan ‘unfollow’ Mira Filzah di Instagram, peminat setia lancar hashtag #allthebestRI sebagai tanda sokongan terhadap Remy Ishak

0

Para peminat mulai tertanya-tanya apabila pelakon Remy Ishak bertindak memadam kesemua gambar-gambar di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, para peminat pelakon berbakat ini mula memberikan sokongan kepada pelakon tersebut dengan mencipta dan memuatnaik tanda hashtag #allthebestRI.

Menurut salah seorang peminat Remy di laman Twitter berkata, hashtag berkenaan mungkin tidak menjadi ‘trending’ tetapi hashtag berkenaan untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan terhadap pelakon terbabit.

Mungkin sekiranya Remy melihat hashtag berkenaan, ianya akan membuatkan pelakon kacak itu tersenyum dan berasa dihargai.

“Walau apa pun yang berlaku, walau apa pun masalah, ia bukan sesuatu perkara yang perlu dihujahkan. Kami ada dan rindukan awak. Akan terus menyokong lebih kuat daripada tahun sebelum ini. Jaga diri abang Remy.

“Awak tidak keseorangan. Kami ada untuk awak sebab kami sayang awak. Sentiasa sayang dan sokong awak selamanya tidak kira apa yang berlaku”.

Demikian merupakan antara kata kata semangat yang ditinggalkan di laman twitter untuk pelakon berkenaan.

Selain memadam kesemua gambarnya di laman Instagram, warganet turut menyedari pelakon terbabit turut ‘unfollow’ rakan gandingan yang dilihat serasi, Mira Filzah.

Namun Mira Filzah masih lagi mengikuti (follow) Remy ishak di platfom media sosialnya.

Leave a Reply