“Otai Reformis “otak udang”, NGO tidak boleh tentukan turun naik PM. Hidup Azmin Ali!” – Khairuddin Abu Hassan

0
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan(Kiri), NGO Otai Reformis(kanan)

“Otai Reformis “otak udang”, NGO tidak boleh tentukan turun naik PM. Hidup Azmin Ali!” – Khairuddin Abu Hassa

KUALA LUMPUR 22 Jan : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyelar dan mempersoal tindakan Otai Reformis, sebuah NGO Pro Anwar kerana terus mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir letak jawatan.

“Siapa mereka hendak desak PM berundur?” tanya Khairuddin

Menurut Khairuddin, sebuah Persatuan dan NGO tidak boleh menentukan naik turun seseorang Perdana Menteri.

“Mereka adalah kalangan ‘otak udang’ yang tak faham perlembagaan. Persatuan dan NGO tidak boleh tentukan seseorang perdana menteri itu naik atau turun”

“Yang hanya boleh tentukan kedudukan perdana menteri adalah seramai 222 ahli-ahli parlimen dengan perkenan KDYMM Agong”

“Bukan gerakan Otai Reformasi yang haprak yang boleh tentukan siapa boleh jadi Perdana Menteri. Gerakan Otai Reformis haprak yang tak menghormati undang-undang serta perlembagaan negara mereka boleh ‘strip naked and fly kites” ujar Khairuddin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang di hantar pada wartawan The Malaya Post.

Beliau juga berpendapat bahawa Anwar Ibrahim terpalit dengan masalah moral dan sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

“Tapi tolonglah jangan lantik ‘kaki peliwat’ untuk menjawat jawatan tersebut kerana ianya bercanggah dengan ajaran agama Islam”

“Penyangak Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Dia sendiri pun sedar pengaruhnya di peringkat akar umbi sudah terhakis”

“Sebab itu bila kajian populariti untuk jawatan perdana menteri dijalankan baru-baru ini; kedudukan populariti penyangak anwar ibrahim hanya memeperolehi 13% sokongan saja” dakwa Khairuddin.

Beliau turut mengesa ahli NGO Otai Reformis agar berehat dirumah, kerana tidak lagi relevan.

“Golongan bangang ini sepatutnya duduk di rumah dan banyak istifar saja!! Mereka sudah tidak relevan lagi”

Kenyataan beliau berakhir dengan laungan berikut;

“Apapun…. “Hidup Dato’ Seri Azmin Ali!”

Semalam, Ahli Jawatan Kuasa Kerja Otai Reformis mengumumkan akan mengadakan gerakan secara besar-besaran menggesa Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sekaligus melakukan transisi kuasa kepada Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2020.

Gerakan ini bakal dilakukan seluruh negara sehingga Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan pada Mei 2020.

Leave a Reply