Otai Reformis akan mengadakan gerakan besar-besaran gesa Perdana Menteri meletak jawatan

0

Ahli Jawatan Kuasa Kerja Otai Reformis akan mengadakan gerakan secara besar-besaran menggesa Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sekaligus melakukan transisi kuasa kepada Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2020.

Gerakan ini bakal dilakukan seluruh negara sehingga Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan pada Mei 2020.

Menurutnya, langkah ini merupakan kali pertama mereka melakukan sesuatu untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

“Program dan forum ini akan terus dijalankan di peringkat negeri-negeri yang lain di mana ahli-ahli panelnya mungkin terdiri daripada orang-orang tempatan ataupun kita bawa dari sini. Bermakna program ini akan terus berjalan di serata negara”.

“Kita juga telah melaksanakan satu pertemuan khas di antara Otai Reformis dengan NGO-NGO lain yang pro dengan tindakan kita, iaitu memberikan tekanan kepada Tun Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sebelum ataupun pada Mei 2020”, ujarnya.

Dalam masa yang sama program ini akan dilaksanakan dan pertemuan itu dijangka akan menjadi besar kerana melibatkan wakil dari badan-badan NGO yang lain (yang inginkan PM meletak jawatan) supaya mereka dapat memulakan satu gerakan yang besar di seluruh pelusuk negara.

Langkah ini perlu kerana jika mereka perlu turun ke jalanan, NGO-NGO inilah yang akan menggerakkan rakyat untuk turut bersama dengan perjuangan ini.

“Otai Reformis akan terus bergerak dan terus merancang, dan Insya Allah kita akan mulakan gerakan kita bermula pada malam ini hingga Mei itu dengan beberapa perancangan yang telah diatur”, ujarnya.

Kenyataan ini disampaikan melalui forum Otai Reformis di Restoran Amjal, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply