Orang ramai diminta beri maklum balas rangka kerja Identiti Digital Nasional

0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan proses rundingan awam bagi mengumpul pandangan dan perspektif orang ramai terhadap pembangunan Rangka Kerja ldentiti Digital Nasional untuk menyediakan Malaysia dalam era digital.

ldentiti Digital Nasional merupakan satu aplikasi pengesahan identiti seseorang individu secara elektronik berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik seperti nama dan tarikh lahir.

Dengan adanya Identiti Digital Nasional, pengesahan identiti pengguna daripada sumber yang sahih membolehkan urusan perkhidmatan yang cepat, mudah, selamat, terlindung dan terjamin juga berpotensi mengelakkan berlakunya jenayah pemalsuan dan penipuan identiti secara dalam talian.

Negara-negara seperti Estonia, United Arab Emirates dan United Kingdom telah melaksanakan Identiti Digital Nasional mengikut kesesuaian konteks negara masing-masing dan maklum balas yang diterima akan dipertimbangkan dalam menilai serta menambah baik kertas cadangan mengenai Rangka Kerja Identiti Digital Nasional yang sesuai untuk Malaysia.

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu, 25 Juli 2020

la juga membantu mengukuhkan aspek strategi dan hala tuju bagi pelaksanaan ldentiti Digital Nasional terutamanya dalam memastikan konsep, penggunaan serta manfaatnya kepada individu, pelbagai organisasi dan industri.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tampil untuk menyertai Rundingan Awam Rangka Kerja ldentiti Digital Nasional, manakala untuk sebarang maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang www.mcmc.gov.my mulai 24 Julai hingga 7 Ogos.

Identiti Digital Nasional amat penting bagi menghubungkan pelbagai sistem transaksi bagi memudahkan pengguna berurusan di mana sahaja, pada bila-bila masa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply